Saturday, November 26, 2011

MLM - Maharaja Lawak Mega


Salam Maal Hijrah . . . .




Saya di kejutkan pagi ini dengan bunyi alarm dari telefon yang sayup2 dari dalam tidur yg nyenyak, seperti semalam juga, alarm yang samalah yg mengejutkan saya. esok pon kalau tak de yg lain. alarm tu jugaklah yg akan mengejutkan kan saya INSYA ALLAH tapi . . . 


Saya bersyukur sebab saya masih di beri peluang untuk mendengar Alarm tu dan di beri peluang setiap pagi untuk terus bangun dan menikmati 24 jam seterus nya . . . .


kebelakangan ini, kehidupan harian saya telah banyak berubah kerana bidang kerja yg di ceburi serta laluan baru yang saya pilih. Banyak rintangan [ walaupun kecil ] yang harus di gagahi demi menjamin kehidupan yang lebih selesa dari semalam. 


Saya banyak berkongsi Pengalaman peribadi dan pandangan saya dalam hal2 berkaitan Perniagaan dan Personal dengan orang2 di sekeliling saya dan setiap kali saya berbuat demikian, saya akan mengigatkan diri saya sendiri untuk terus maju dan tidak menoleh kebelakang.


Ada masanya . .  saya rasakan, 24 itu tidak mencukupi tetapi itu bukan dalam bidang kuasa kita utk menentukan, apa yg terbaik adalah dengan mengisi setiap Jam itu sebaik nye dan kita akan mendapat manfaat dari setiap pengisian itu [ walaupun 10 tahun lagi - seperti mengajar anak membaca dengan betul dan bukannyer melayan Maharaja Lawak Mega sambil memarahi anak yg membaca - bising depan TV ]


Tak salah menonton MLM kalau itu cara ber- riadah bersama keluarga dan berehat menenangkan fikiran sebelom tidur. Jangan sampai habis MLM baru nak tidur . . .lewat tu . . .  anak2 tak elok di biarkan menonton sampai lewat malam - tengok MLM pulak tu !


dan ingatlah, disiplinkan diri untuk terus kekal dengan Tujuan hidup kita setiap kali kita bangun tido dan latihkan diri untuk Post Morterm semua aktiviti kita sepanjang hari yg telah lepas sebelom tidur supaya otak kita akan automatically menilai positif atau negatif sebelum bertindak dalam apa jua situasi nanti.

sekian untuk masa ini kerana saya nak teruskan hari ni dengan aktiviti keluarga - pelaburan utk tahun2 hadapan kan . . . 

No comments:

Post a Comment